Wednesday 7 December 2016

First Post

Assalamualaikum and



Excited pulak nak menulis because this will be my first untuk blog ni. Kene highlight blog ni sebab dulu aku ada blog. Well, masa tu kan jadi BBNU ( sape tak tahu BBNU dia hitam. eh bukan, sape tak tahu sila google sebab aku tak tergamak nak tulis aku yang dulu) jadinya kenelah ikut trend dak, ada blog bagai, ayat bukan main nak uptodate. Kalau ayat lagi pelik (pelat : cute habis rasa masa pakai perkataan gituw ops) tu lagi bagus.  Tapi, memandangkan bila aku baca balik ayat-ayat dekat blog lama tu aku rasa nak terjun bangunan , aku terus delete. Tu kalau anak aku baca blog aku masa dia meningkat dewasa nanti. Aku tak boleh imagine, Mujur lah proses delete tu berhasil. Kalau tak habis lah aku kene bahan dengan kawan yang mengenali aku sewaktu aku sudah mengalami proses penuaan. Sebut pasal penuaan sedih pulak rasa. Ada orang cakap 26  muda lagi. Herloww, tak tengok ke iklan safi, sape berumur 25 ke atas dah kene pakai safi rania sebab muka korang dah tak produce collagen, ha gitu lah. (tapi aku tak google pon sebab malas , kalau salah , marah dekat iklan tu eh) haha. Eh dah kenapa intro aku ni panjang gila. ( Kemain ko idea mencurah curah ke ladang gandum pulak idea nak tulis pasal intro blog ni, tapi time nak tulis karangan penulisan takde pulak ko keluar macam ni. choi ) Ha kebetulan aku tulis ni, nama exorbitant tu kebetulan aku tengah tengok cerita spell your words .Mihihi. 



Ok lah kita masuk ke isi tersurat pertama. Sebenarnya aku tulis blog ni bagi mengisi masa lapang aku sebab aku tak nak masa terbuang aku digunakan untuk aktivii-aktiviti tidak berfaedah dan tak bermoral yang mana kesannya mungkin akan menjermus kepada kejatuhan akhlak dan mora. (fuyo kalau cikgu BM aku baca ni menangis ni) Aku kan dah bertukar status dah genap setahun dah, Rezeki Allah, sebulan lepas retrenched, aku dapat berita baik. Ada orang baru dalam hidup kami. Terima kasih Allah! Kau tarik sesuatu untuk beri yang lebih baik. :')

Ok tu setakat tu dulu kot. Semoga aku gigih untuk post lebih banyak masa akan datang dan tidak hanya hot-hot chicken faeces. (Gigih gila nak blogging ada anak ni. Satu post pendek pon berejamm. hokeh)